SIP Gig ialah program insentif kewangan berjumlah RM600 – RM800 sebulan untuk 6 bulan maksimum bagi pekerja gig yang baharu.
Program ini memfokuskan individu yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO seperti berikut;
- Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minima sebulan/diberhentikan kerja),
- Penganggur (individu/graduan) lebih daripada 60 hari,
- Pencari kerja daripada golongan terjejas (seperti OKU, bekas banduan, dan lain-lain)
- Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208.
Syarat kelayakan
- Berumur 18-60 tahun pada 2022.
- Mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.
Permohonan
Permohonan boleh dilakukan mulai 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022 melalui saluran berikut;
- Aplikasi PERKESO Prihatin (Muat turun di Apple App Store atau Google Playstore)
- Platform digital yang berdaftar dengan PERKESO
- Laman web https://matrix.perkeso.gov.my/
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di sini. Untuk memperoleh pelbagai maklumat inisiatif seperti ini, anda juga boleh layari https://www.perkeso.gov.my/
Sumber:
https://www.perkeso.gov.my/images/bajet2022/jaminkerja/sipgig/FAQ%20SIP%20Gig.pdf