Program Rezeki Ternak Ruminan 2022

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah membuka permohonan untuk program Rezeki Ternak Ruminan tahun 2022 yang bertujuan untuk membantu penternak dengan bantuan seperti;

  • bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri dan kambing tenusu – dengan konsep geran padanan 10:90) 
  • bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang/reban.

Syarat kelayakan program ini ialah;

  • Warganegara Malaysia (berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 55 tahun pada 1 Januari tahun memohon
  • Penternak kecil sedia ada (berdaftar dengan e-vetpermit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia)
  • Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% daru nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan)
  • Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman menternak dan masih aktif beroperasi
  • Tidak menerima bantuan yang sama dari agensi/jabatan lain dan berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.

Peserta haruslah mencapai sasaran prestasi keseluruhan ladang dalam tempoh 3 tahun perjanjian. 

Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2021. Untuk menyertai program ini, borang permohonan boleh dimuat turun di sini dan dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar/Pusat Operasi VetEC yang berhampiran selepas diisi lengkap. Maklumat lanjut boleh dibaca di sini.

Sumber:

https://www.facebook.com/veterinarmalaysia/posts/267949822023413

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi