Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan satu inisiatif iaitu Program Pinjaman Tabung Usahawan khas buat rakyat Negeri Perak. Pinjaman ini merupakan pinjaman tanpa faedah bagi golongan usahawan dan usahawan muda B40 bagi memulakan serta mengembangkan perniagaan mereka.
Kadar pinjaman
Jumlah pinjaman bermula daripada RM 5,000.00 sehingga RM 20,000.00.
Syarat kelayakan
- Mesti menetap atau bermastautin di Negeri Perak melebihi 10 tahun serta berumur antara 18 tahun sehingga 59 tahun;
- Pemohon serta pasangan merupakan warganegara Malaysia serta menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak;
- Perniagaan adalah merupakan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad;
- Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Kerajaan Malaysia;
- Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak.

Permohonan
Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan borang permohonan melalui:
- Pejabat Yayasan Perak;
- Pejabat Cawangan Yayasan Perak ( Bahagian Pembangunan Sosial);
- Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN;
- Pejabat Daerah/ Pejabat Penghulu;
- Muat turun dari laman Web Yayasan Perak melalui pautan ini.
Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi di talian 05 255 2929/05 246 0998.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari pautan ini.