Program Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak Untuk Peniaga IKS

Yayasan Perak kini menawarkan Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk pemilik bisnes Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutamanya daripada golongan B40. Ia merupakan satu bantuan pinjaman tanpa faedah kepada usahawan negeri Perak yang berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.

Program Tabung Usahawan Yayasan Perak bertujuan untuk:

  • Membangunkan masyarakat melalui Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.
  • Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi permasalahan pelanggan/rakyat.
  • Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.

Jumlah & Tempoh Pinjaman

Kadar pinjaman yang ditetapkan menerusi program ini adalah antara RM 5,000 sehingga RM 20,000 (bergantung kepada kemampuan). Manakala tempoh pinjaman yang ditetapkan adalah sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan).

Syarat Kelayakan

  • Pemohon berumur antara 18 hingga 59 tahun serta  menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  • Pemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia.
  • Pemohon bukanlah kakitangan kerajaan/badan berkanun/syarikat GLC/Berhad.
  • Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  • Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
  • Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang.
  • Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

Permohonan

  • Muat turun borang permohonan di sini atau imbas kod QR yang tertera di poster.
  • Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak),
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Dokumen Sokongan 

  • Borang/Surat Permohonan (WAJIB).
  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.
  • Salinan Surat Perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.
  • Salinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.
  • Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.
  • Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.
  • Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan – 3 keping/Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.
  • Senarai sebut harga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
  • Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung/Penghulu.
  • Salinan kad suntikan (Bagi perniagaan makanan) yang disahkan.

Perniagaan Tidak Layak Memohon

  • Urusniaga melalui ternakan, pertanian dan perikanan (usahawan baru) (bergantung kepada keputusan panel).
  • Urusniaga yang melibatkan pelaburan/Piramid/Skim Cepat Kaya/Perjudian.
  • Perniagaan barangan lusuh/Kitar semula (mengikut pasaran semasa).
  • Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi (perniagaan bermusim).
  • Perniagaan secara orang tengah atau agen  perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau  hartanah) dan yang seumpamanya.
  • Kontraktor Pembangunan.

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929 atau 05-246 0998. Anda juga boleh ikuti laman Facebook rasmi Yayasan Perak.

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi