Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2022 yang bertujuan untuk mengajak generasi muda untuk menjalankan perniagaan yang memfokuskan bidang teknikal berasaskan kemahiran. Melalui program ini, anda akan ditawarkan padanan geran yang merangkumi 60 peratus pembiayaan dan 40 peratus geran.

Kadar bantuan

Kepada yang berkelayakan, anda bakal menerima pembiayaan sehingga RM 500,000 tanpa cagaran dan kadar keuntungan sifar. 

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera;
  • Berumur 18-60 tahun;
  • Mempunyai daftar perniagaan yang sah daripada SSM;
  • Mempunyai tapak / premis / bengkel perniagaan;
  • Mempunyai Lesen / Permit / Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Perniagaan beroperasi tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi 5 tahun;
  • Perniagaan patuh Syariah;
  • Bebas dari senarai hitam MARA;
  • Syarat khusus: Mempunyai Ijazah / Diploma / Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa/ Institusi teknikal kerajaan atau swasta.
Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)

Permohonan

Kepada yang berminat, anda boleh mengemukakan permohonan anda secara atas talian melalui pautan ini sebelum 31 Disember 2022. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.

Sumber:

https://www.mara.gov.my/bm/menu_keusahawanan/kemudahan-sokongan/pembiayaan-perniagaan/putek/#tab-id-7

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi