Program Pembangunan Pekebun Kecil Sawit- Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITe)

Malaysian Palm Oil Board memperkenalkan Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITe). Insentif merupakan satu bantuan khusus untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian melalui aktiviti penternakan serta penggunaan tanah yang optimum.

Kadar bantuan

Wang insentif yang bakal diterima oleh petani adalah sebanyak RM 15,000 bagi setiap projek iaitu: 

  • Ayam daging / kampung
  • Itik penelur 

Pecahan skop wang insentif: 

RM 3,500Penyediaan kandang/ reban ternakan.
RM 11,500Pembelian input seperti benih/anak ternakan, makanan dan ubat-ubatan.

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas; 
  • Pekebun kecil sawit persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta dari lain-lain agensi persekutuan atau negeri; 
  • Menunjukkan bukti pemilikan / penguasaan tanah yang sah; 
  • Mempunyai lesen MPOB yang sah; 
  • Bukan peserta lain-lain agensi pembangunan tanah negeri atau persekutuan;
  • Hanya layak memohon satu jenis projek ternakan sahaja; 
  • Jika pemohon adalah pasangan suami/isteri, maka hanya seorang sahaja layak memohon.
Program Pembangunan Pekebun Kecil Sawit- Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITe)

Permohonan

Untuk memohon, anda boleh melayari pautan ini untuk mengetahui dokumen yang diperlukan dan e-melkan permohonan anda kepada Sekretariat Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITe) melalui alamat e-mel integrasi2021@mpob.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini

Sumber:

https://www.facebook.com/photo/?fbid=332582529060101&set=pb.100069250687705.-2207520000

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi