PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA HOLDINGS BERHAD

Program Insentif Usahawan UDA Holdings Berhad merupakan program yang dikhususkan buat usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) yang sediakan oleh pihak UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP).

Program ini adalah untuk menyokong perniagaan usahawan di bawah kategori PKS & Mikro. Ia dirangka untuk membantu usahawan PKS dengan menyediakan platform yang sesuai untuk para usahawan untuk tempoh jangka pendek atau jangka panjang.

Program ini terbahagi kepada beberapa jenis program antaranya program usahawan belia dan program usahawan wanita.

UDA menetapkan beberapa kriteria pemilihan dan pengambilan usahawan UDA. Antaranya:

  • Tempoh perlaksanaan program adalah di antara bulan Januari – Disember 2022.
  • Perusahaan mikro beroperasi minimum satu (1) tahun. Usahawan mikro berumur antara 21 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan.
  • Memenuhi kriteria perusahaan PKS dan Mikro (pemilikan tunggal dan perkongsian) sebagaimana yang ditetapkan.

Permohonan

Borang permohonan boleh dimuat turun di sini. Anda juga boleh memohon secara atas talian di sini.

Borang permohonan mestilah dihantar bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan;
  • Maklumat perniagaan seperti jenis perniagaan, alamat perniagaan, pendapatan tahunan, maklumat pemilik perniagaan, bilangan pekerja, dll;
  • Salinan bukti pendapatan perniagaan (contoh: Borang B Cukai Pendapatan, penyata bank enam (6) bulan terkini);
  • Salinan bukti operasi perniagaan (contoh: perakuan pendaftaran perniagaan, permit berniaga);
  • Salinan bil utiliti; dan
  • Lain-lain dokumen relevan untuk permohonan yang ditentukan oleh UDA (jika berkaitan).

Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke pihak pengurusan UDA Mall mengikut lokasi projek yang dipohon melalui:-

  1. Permohonan atas talian (https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/#permohonan); atau
  2. Melalui pos ke alamat lokasi projek yang dipohon (sila rujuk lampiran bagi alamat penuh).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang UDA Holdings Berhad.

Sumber: https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi