Program eStart (e-Skim Transaksi Tanpa Tunai) yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu, adalah satu insentif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Program ini bertujuan untuk meringankan beban kalangan belia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan berdaftar. Selain itu, insentif ini juga diperkenalkan bagi menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai.
Kadar bantuan
Sebanyak RM 150 akan dikreditkan secara e-tunai kepada yang layak.
Syarat kelayakan
- Belia yang berumur 18 hingga 20 tahun atau;
- Pelajar IPT sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan berdaftar.
Cara permohonan
Bagi yang berkelayakan, anda boleh memohon secara atas talian melalui aplikasi e-tunai di bawah:- ShopeePay
- BigPay
- GrabPay
- GrabPay
- Touch n Go Wallet

Anda boleh mendapatkan insentif ini bermula pada pertengahan April 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.
Sumber:
https://www.facebook.com/KementerianKewanganMalaysia/posts/346646930832791