Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera RM100/setahun – Kerajaan Pulau Pinang

Di bawah Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang menyediakan bantuan khas untuk ibu tunggal iaitu Program Bantuan Khas Ibu Tunggal iSejahtera. Bantuan yang diberikan kepada golongan ibu tunggal ini ialah bantuan kewangan yang berjumlah RM100 setahun. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang 
  • Bercerai atau kematian suami
  • Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
  • Tidak berkahwin semula 
  • Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini. 

Untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://isejahtera.penang.gov.my/index.php.

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi