Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman menawarkan program baik pulih rumah di bandar kepada semua warga Kedah.
Program ini adalah untuk jenis rumah sesebuah/berkembar/teres (landed property).
Syarat-syarat kelayakan
Antara syarat-syarat kelayakan adalah:
- Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR) yang menetap di dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (kawasan bandar)
- Disahkan status kemiskinan dalam sistem eKasih sama ada miskin tegar / miskin / terkeluar (kumpulan B40 sahaja)
- Kerosakan rumah disebabkan faktor usia atau bencana tapi masih ekonomik untuk dibaiki berdasarkan kadar bantuan yang ditetap oleh Kementerian
Berikut merupakan permohonan yang TIDAK LAYAK dipertimbangkan:
- Pembesaran dan pengubahsuaian bahagian dalam atau luar rumah sedia ada
- KIR / AIR mendiami rumah setinggan
- KIR / AIR mendiami rumah sewa
Permohonan
Muat turun borang permohonan Baik Pulih Rumah di Bandar di sini.
Lengkapkan Borang PPKB PB mengikut kriteria yang ditetapkan dan disertakan dokumen sokongan seperti berikut :-
- Salinan Kad Pengenalan KIR / AIR
- Gambar penuh rumah dengan jelas (dari luar)
- Gambar kerosakan dengan jelas (sila nyatakan jenis kerosakan)
Kemukakan dokumen lengkap permohonan kepada alamat berikut :-
Majlis Perbandaran Sungai Petani,
Jabatan Pembangunan Masyarakat,
Aras 4, Jalan Patani,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04 – 429 6666 sambungan 6869
Faks : 04 – 429 6655
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman.
Sumber: https://pbt.kedah.gov.my/index.php/baik-pulih-rumah-mpsp/