Permohonan rumah mampu milik type A berharga RM 80,000 di Taman Kirby, Mukim Labu, Daerah Seremban kini dibuka. Pengunguman ini disiarkan melalui laman Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun.
Harga Perumahan
Type A (Standard) sehingga RM 80,000.

Permohonan
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan;
- Pemohon mestilah mempunyai pendapatan tetap dan bekerja;
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah Seremban dan mestilah berstatus berkahwin.;
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang TIDAK mempunyai rumah atau tanah;
- Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat serta gagal melampirkan salinan dokumen-dokumen berkaitan dan tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.
Buat warga Seremban yang berminat, anda boleh mengemukakan permohonan melalui pautan ini. Tarikh permohonan bermula daripada 13 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.
Sumber:
https://www.facebook.com/dsaminuddinharun/posts/565692288251195