Permohonan Bantuan Skim Tanaman Lada Baru dan Lada Matang 2022

Skim Tanaman Lada Baru dan Skim Tanaman Lada Matang Tahun 2022 diperkenalkan oleh Lembaga Lada Malaysia buat petani yang mengusahakan penanaman lada.

Syarat kelayakan

Skim ini terbuka kepada dua kategori iaitu:

  1. Skim Tanaman Lada Baharu
  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  • Mengusahakan tanaman lada baharu yang berusia di bawah tiga (3) tahun; 
  • Tidak menerima sebarang bantuan bagi Skim Tanaman Lada Matang;
  • Melakukan aktiviti penanaman sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License); 
  • Pekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun kedua pemohon menerima bantuan. 
  • Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak memohon. 
  1. Skim Tanaman Lada Matang 
  • Warganegara Malaysia; 
  • Mengusahakan tanaman lada matang berusia tiga (3) tahun dan ke atas;
  • Tidak menerima sebarang bantuan untuk Skim Tanaman Lada Baharu;
  • Melakukan aktiviti penanaman sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License); 
  • Pekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun kedua pemohon menerima bantuan. 
  • Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak memohon.
Permohonan Bantuan Skim Tanaman Lada Baru dan Lada Matang 2022

Permohonan

Anda boleh melakukan permohonan secara atas talian melalui pautan ini atau anda boleh mendapatkan borang secara percuma dari semua Pejabat Wilayah atau Cawangan Lembaga Lada Malaysia. Anda boleh melakukan permohonan ini sebelum 30 Jun 2022. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.

Sumber:

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=5017925498254813&id=147439018636843

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi