Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) bagi tahun 2022 kini dibuka bagi meringankan beban Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Pekebun Kecil (Penoreh Bukan Pemilik) yang berdaftar dengan RISDA. Bantuan ini mampu meringankan beban mereka yang terkesan akibat musim tengkujuh.

Kadar bantuan

Sebanyak RM 600 akan diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.

Syarat kelayakan

Terdapat dua kategori bagi permohonan ini: 

  1. Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) 
  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA sahaja;
  • Memiliki jumlah tanah yang berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat; 
  • Pemilik tanah yang sah; 
  • Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi);
  • Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima sekali sahaja. 
  1. Penoreh Bukan Pemilik 
  • Warganegara Malaysia; 
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA; 
  • Menoreh di lot berkeluasan 01 hingga 2.5 hektar; 
  • Pengesahan oleh pemilik tanah yang sah; 
  • Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja; 
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah; 
  • Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja. 
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022

Permohonan

Kepada pengusaha kebun yang berminat, anda boleh melakukan permohonan secara atas talian melalui pautan ini. Selain itu, anda juga boleh melakukan permohonan di mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang berhampiran manakala untuk Penoreh Bukan Pemilik, anda hanya boleh dibuat di Pusat Tanggungjawab dimana kebun itu berada.

Tarikh permohonan 5 Mei 2022 – 15 September 2022 
Tarikh permohonan rayuan 16 September 2022 – 31 Oktober 2022 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari pautan ini.

Sumber:

https://www.facebook.com/risdamalaysiaHQ/posts/136931818927717

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi