Permohonan Bantuan i-Citra

Kerajaan menawarkan pelbagai bantuan kepada individu yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan salah satunya ialah i-Citra. Bantuan ini merupakan kemudahan pengeluaran kewangan untuk ahli berdaftar KWSP bagi membantu meringankan beban yang dihadapi.  Individu yang telah mendaftarkan diri dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) layak untuk memohon bantuan i-Citra. Maksimum amaun pengeluaran adalah sehingga RM5,000. Antara syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut: 

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Tarikh akhir permohonan i-Citra ialah 30 September 2021. Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan bantuan, sila layari portal https://icitra.kwsp.gov.my/

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi