Pengeluaran Khas KWSP telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi meringankan beban ketika musim pandemik ini.
Kriteria Pengeluaran Khas:- Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
- Permohonan akan dibuka bermula daripada 1 April – 30 April 2022 secara atas talian. Cara permohonan akan diumumkan kelak.
- Kesemua ahli KWSP boleh mendapatkan manfaat bermula 20 April 2022.
- Ahli KWSP boleh mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM 10,000 dan jumlah minimum sebanyak RM 50.
- Ahli KWSP perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun Dua dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun Satu.

Jangan lupa untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini KWS melalui laman sosial rasmi Facebook KWSP.