Pembiayaan RM3000 Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan

Pihak kerajaan Negeri Sembilan kini menawarkan bantuan kewangan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) khas buat penjaja dan peniaga kecil di negeri tersebut. TUNS bertujuan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil serta merangsang pertumbuhan ekonomi negeri tersebut. Pemohon yang layak akan mendapat geran sebanyak RM3000. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;

  • Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada anak Negeri Sembilan);
  • Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta
  • Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat;
  • Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  • Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00;
  • Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga (3) bulan;
  • Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
  • Pemohon tidak berstatus muflis; dan
  • Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima (5) tahun.

Tarikh akhir permohonan ialah 30 Ogos 2021. Maklumat lanjut dan permohonan di https://tuns.my/2021/

Sumber:

https://tuns.my/2021/

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi