Kerajaan negeri Melaka telah memperkenalkan aplikasi MelakaPay pada awal tahun ini untuk memudahkan rakyat negeri berkenaan untuk semakan dan pembayaran pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi yang terlibat dengan kemudahan ini termasuk Badan Kawal Selia Air, Majlis Perbandaran, Zakat Melaka dan lain-lain.
Aplikasi MelakaPay boleh dimuat turun di Google Play Store serta Apple App Store. Untuk melihat agensi yang terlibat, anda boleh layari https://ebayar.melaka.gov.my/agencylist.php.
Sumber:
https://www.melakahariini.my/aplikasi-melaka-pay-sedia-18-perkhidmatan-bayaran/