Insentif Haji Muassasah Selangor 1443H / 2022M akan dilaksanakan semula oleh Kerajaan Negeri Selangor yang akan diberikan kepada 3,000 jemaah Haji di Selangor.
Kadar bantuan
Kepada jemaah Haji Muassasah Selangor yang bakal melaksanakan ibadah Haji pada tahun 1443H/ 2022M, anda akan menerima insentif sebanyak RM 500 beserta kit cenderamata yang mengandungi beg, penyahkuman tangan, losyen, pelembap bibir, tuala muka serta tisu basah.
Syarat kelayakan
Khusus buat bakal jemaah Haji Muassasah di Selangor 1443H / 2022M.

Permohonan
Kepada jemaah Haji Selangor yang akan mengerjakan haji pada tahun ini, anda boleh melakukan permohonan bermula daripada 23 Mei 2022 sehingga 31 Ogos 2022 melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor dengan hanya membawa kad pengenalan serta lampiran surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang lengkap dengan maklumat penerbangan sewaktu membuat permohonan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.
Sumber:
https://www.amirudinshari.com/posts/insentif-haji-muassasah-selangor-1443h-2022m