i-Saraan ialah caruman sukarela untuk mereka yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk tujuan persaraan. Untuk caruman ini, pihak kerajaan juga menyediakan caruman tambahan sebanyak RM250.
Faedah i-Saraan
- Sebagai saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mengikut masa dan kemampuan mereka dengan kebolehan untuk membuat pengeluaran
- insentif khas sebanyak 15% (maksimum RM250 setahun). Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Bantuan Kematian: RM2,500 * tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke bawah
- Orang yang bekerja sendiri (bukan seorang pekerja)
- Telah mendaftar sebagai ahli KWSP Nota: suri rumah hanya dibenarkan untuk memilih 1 insentif sahaja pada satu masa sahaja. Sekiranya telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum mendaftar untuk i-Saraan.
Cara dan saluran pembayaran serta maklumat lanjut boleh dirujuk di sini. Anda juga boleh membaca mengenai insentif i-Suri di sini.
Sumber:
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan