Dalam usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia dan memastikan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah tercapai, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah memperkenalkan i-Biaya yang merupakan satu inisiatif pembiayaan perumahan di bawah Home Ownership Programme (HOPE).
Terdapat tiga skim pembiayaan yang ditawarkan di bawah program ini iaitu; Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), Skim Rumah Pertamaku dan Skim Rent-To-Own.
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) merupakan skim yang dapat membantu pembeli rumah pertama yang tidak berpendapatan tetap mendapat Pembiayaan Perumahan dan layak kepada pemohon yang tidak mempunyai dokumentasi lazim pinjaman perumahan seperti slip gaji, berpendapatan rendah, KWSP dan sebagainya. Skim ini juga memfokuskan pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan atau usahawan kecil.

Permohonan
- Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Seterusnya, bakal peminjam perlulah membuat permohonan dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada Institusi Kewangan yang terlibat.
- Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada SJKP bagi jaminan perlindungan
- SJKP menyemak permohonan dan menyediakan jaminan perlindungan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan)
- Institusi kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP.
- Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiayaan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.