Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) adalah satu insentif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia kepada Pengusaha Sektor Kebudayaan sehingga RM 500,000 yang memberi peluang ke atas penganjuran program atau acara seni budaya Domestik yang berprestasi tinggi bagi tahun 2022.
Syarat kelayakan
- Persatuan seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966
- Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
- Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1994.
- Lain-lain entiti berdaftar dengan Kerajaan dan diiktiraf oleh MOTAC.
Permohonan
Anda boleh mengemukakan permohonan dengan memuat turun borang permohonan melalui pautan ini bermula 1 April 2022. Permohonan yang lengkap perlu diserahkan secara “hard copy” kepada alamat di bawah:
URUS SETIA
Geran Padanan Pelancongan, Seni & Budaya (GPPSB)
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)
Bahagian Perancangan Strategik,
Aras 2, No. 2, Menara 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200
Putrajaya.
Emel: gspsb@tourism.gov.my
Tel: 03 8891 8192/ 8191/ 8196/ 8232

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari melalui pautan ini.