Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada hotel Bajet merupakan satu insentif yang dibentangkan dalam Bajet 2022 di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia yang bertujuan untuk membantu pengusaha hotel-hotel bajet membaik pulih hotel yang sedia ada dan seterusnya dapat meningkatkan sektor pelancongan Malaysia.
Nilai padanan
Nisbah sumbangan: 7:3
Maksimum : RM30,000 atau mana-mana terendah
Syarat kelayakan
Untuk mengetahui syarat kelayakan dengan lebih terperinci, anda boleh menyemak melalui pautan ini.

Permohonan
Anda boleh memuat turun borang melalui pautan ini. Tarikh permohonan adalah bermula daripada 1 April sehingga 30 April 2022. Borang permohonan perlu disertakan bersama dokumen sokongan yang lengkap kepada alamat di bawah:
Urus Setia Geran Pembaikan Kepada Hotel Bajet
Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Aras 1, No.2 Menara 1, Jalan P5/6 Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
63200 PUTRAJAYA
Emel: bantuanhotel@motac.gov.my
No tel: 03-8891 7257 / 7206
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.
Sumber:
https://www.motac.gov.my/media2/siaran/geran-padanan-bagi-tujuan-pembaikan-inap-desa-homestay-dan-geran-padanan-bagi-tujuan-pembaikan-kepada-hotel-bajet-di-bawah-motac-bagi-tahun-2022
https://motac.gov.my/geran-padanan