Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu insentif khas buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja iaitu Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) yang bertujuan untuk menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja. Insentif ini diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kadar bantuan
Sebanyak RM 450 akan diberikan kepada yang layak.
Syarat kelayakan
- Orang Kurang Upaya yang berwarganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Berpendapatan bulanan sebanyak RM 1,500 dan ke bawah; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Permohonan
Kepada yang berminat, anda boleh melakukan permohonan dengan WAJIB melengkapkan borang dengan memuat turun borang-borang melalui pautan berikut:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
Setelah mengisi kesemua borang di atas, pemohon perlulah membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdekatan. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari pautan ini.
Sumber:
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=akVMUTlrSU5mT0dCZys3bzFCendNdz09