SIP EMP+ bukan pencarum ialah bantuan kewangan untuk individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tak formal.
Jumlah bantuan
Elaun | Jumlah |
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) | RM300 sebulan (tempoh 3 bulan) |
Elaun Persediaan Bekerja (EPB) | RM400 (sekiranya pemohon berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh permohonan dikemukakan |
Syarat kelayakan
- Belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO mulai 1 Jun 2021.
- Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan
- Aktif membuat aktiviti pencarian pekerjaan di portal MYFutureJobs
- Pemohon perlu menghadiri aktiviti temu duga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
Cara memohon
Permohonan boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2022 mengikut cara berikut:- Daftar/kemas kini profil di portal MYFutureJobs
- Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google Play Store dan mohon tuntutan di aplikasi tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.perkeso.gov.my/bajet-2022/sip-bajet-2022.html atau hubungi talian 1300-22-8000 atau 03-80915400.