Diskaun Saman JPJ & PDRM sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Bersempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun untuk saman trafik mengikut ketetapan berikut;

  • 80% diskaun untuk saman dikeluarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • 70% diskaun untuk saman dikeluarkan di luar kawasan yang disebutkan

Semua saman bakal diberikan diskaun kecuali;

  • Saman kemalangan tahun 2021
  • Saman berstatus NC (Non-compoundable)
  • Saman berstatus bicara mahkamah
  • Saman berkait kenderaan M/Lori
  • Saman kesalahan potong secara berbahaya/ potong ‘Q’ 2021
  • Saman kesalahan menggunakan lorong kecemasan 2021
  • Saman kesalahan melanggar lampu isyarat merah 2021
  • Saman kesalahan potong garisan berkembar 2021
  • Saman kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan

Pembayaran saman harus dilakukan di kaunter Pusat Konvensyen Kuala Lumpur(KLCC) pada 9 – 12 Disember 2021 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Maklumat lanjut boleh dibaca di sini.

Sumber:

https://www.rmp.gov.my/news-detail/2021/12/06/hebahan-aspirasi-keluarga-malaysia-tawaran-diskaun-saman-trafik-selama-empat-hari-di-klcc

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi