Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan diskaun Pakej Keluarga Malaysia sehingga 31 Disember 2022.
Pengguna KTMB dapat menikmati diskaun sebanyak 25% untuk tambang perjalanan berkumpulan untuk;- Minima 4 tiket dalam satu transaksi pembelian (dewasa/kanak-kanak)
- Pembelian tiket semua perkhidmatan perkhidmatan tren elektrik (ETS), Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan

Tawaran ini dapat dinikmati dengan mengunakan kod “KMKTMB22” ketika membeli tiket KTMB melalui aplikasi mudah alih KTMB Mobile (KITS) atau laman web KTMB. Aplikasi KITS boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ktmb.com.my/assets/pdf/2022/keluarga-malaysia-update.pdf