Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri adalah merupakan satu insentif bantuan secara tunai kepada golongan B40 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2022 yang lalu.
Menurut Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz, insentif ini akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon yang layak bermula pada 28 Mac 2022. Pengkreditan ini akan dilakukan secara berperingkat. Manakala, bermula 30 Mac 2022, pengkreditan secara tunai akan dilakukan di seluruh cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh Malaysia dengan hanya penerima perlu membawa kad pengenalan.
Anda boleh membuat semakan status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melalui pautan ini.
Bagi yang tidak bernasib baik, anda boleh melakukan permohonan rayuan yang boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan ini bermula 2 Mei 2022. Anda perlulah menyediakan dokumen yang lengkap bagi memudahkan proses semakan semula oleh LHDN.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari pautan Soalan Lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia .