Baucar Pembelian Barangan Elektrik SAVE 3.0

Pihak kerajaan menyediakan baucar bernilai RM500 bagi pembelian barangan elektrik untuk mangsa banjir.

Untuk makluman, program ini adalah merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini, yang merupakan program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Syarat kelayakan

Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:

  • Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
  • Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  • Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  • Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

Kategori SAVE 3.0

Program SAVE 3.0 terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Kategori 1: Peti sejuk atau Penyaman udara
Kategori 2: televisyen atau mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk

Kadar Baucar SAVE 3.0

Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.

Cara penebusan dalam melalui platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan PG Mall atau secara manual.

Untuk e-dagang, sila mula di sini.

Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
PG Mall : https://www.pgmall.my/

Berikut merupakan cara-cara menebus baucar SAVE 3.0 di platform e-dagang Shopee.

Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my

Nota: Sila bawa bersama kad pengenalan dan bil elektrik rumah untuk menebus baucar ini.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di sini.

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi