Kerajaan negeri Johor melalui Tourism Johor menawarkan baucar Pakej Pelancongan Johor menerusi kempen “Kenali Johor, Yok Round Johor” yang boleh diperoleh mulai 5 November sehingga 30 November 2021. Terdapat tiga pakej menarik iaitu nature escapade, family fun, dan heritage and culture.
Baucar ini boleh didapatkan melalui aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) yang boleh dimuat turun di Apple App Store atau Google Play Store. Anda juga boleh menebus baucer ini di laman web http://johortourism.my/. Maklumat lanjut juga boleh didapatkan di laman web yang sama.
Sumber: