Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1000 untuk Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

Pihak kerajaan telah mengumumkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir mengikut kadar berikut;

  • RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah
  • RM10,000 jika ada kematian

Syarat kelayakan bantuan ini ialah;

  • Warganegara Malaysia dan memiliki MyKad
  • Merupakan mangsa bencana ketika bencana berlaku
  • Mendiami atau menduduki rumah persendirian
  • Wajib mendaftarkan nama dengan maklumat lengkap menggunakan nama KIR

Pendaftaran boleh dilakukan melalui;

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – untuk mereka yang berpindah ke PPS
  • JPKK/Ketua Komuniti tempat masing-masing – untuk mereka yang tidak berpindah

Nota: Semua permohonan akan diselaraskan dan disahkan oleh pejabat daerah masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini. Ikuti juga laman sosial NADMA di Facebook, Instagram dan Twitter untuk kemas kini bantuan ini.

Sumber:

https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/213041164352437

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi