Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyediakan bantuan Tanam Semula untuk pekebun kecil sehektar sebanyak RM9230 di Semenanjung, RM13500 di Sarawak dan RM14000 di Sabah. Melalui program ini, pekebun kecil akan menerima bantuan dalam bentuk wang tunai bagi kegunaan kerja-kerja penyelenggaraan kebun, bekalan input pertanian seperti benih dan baja serta khidmat nasihat.
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di pautan https://tsonline.risda.gov.my/TSOnline_LIVE/(S(dh5qul45yjdj51b1jrioue55))/login.aspx. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.risda.gov.my/my/perkhidmatan/tanam-semula
Sumber:
https://www.risda.gov.my/my/perkhidmatan/tanam-semula