Bantuan RM600 EIS PERKESO Bagi Individu Yang Kehilangan Pekerjaan

Kehilangan pekerjaan agak merungsingkan bagi para pekerja. Pasti mereka terfikir bagaimana cara untuk bertahan sementara mencari pekerjaan baharu yang mungkin mengambil masa. Mereka yang kehilangan pekerjaan boleh memohon bantuan kehilangan pekerjaan sebanyak RM600 sebulan dengan EIS (Employment Insurance System) PERKESO. 

Bantuan ini mempunyai dua komponen iaitu bantuan kewangan serta bantuan pencarian pekerjaan. Bantuan kewangan yang disediakan termasuk elaun mencari pekerjaan (EMP), elaun pendapatan berkurangan (EPB) dan elaun bekerja semula awal (EBSA). Permohonan boleh dilakukan di eis.perkeso.gov.my. Pada masa yang sama, pemohon boleh mencari kerja melalui portal MYFutureJobs yang dibangunkan oleh EIS yang berupaya untuk memadankan kebolehan dan kemahiran pemohon dengan peluang pekerjaan yang disenaraikan.

Pemohon yang layak untuk membuat permohonan ialah:

  1. Pemberhentian kerja biasa
  2. VSS/MSS (skim pemisahan sukarela/persefahaman bersama)
  3. Penutupan tempat kerja kerana bencana alam (force majeure)
  4. Bankrap atau penutupan perniagaan
  5. Pembuangan kerja secara konstruktif
  6. Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  7. Perletakan jawatan apabila diarahkan melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari eiscentre.perkeso.gov.my

Sumber: 

https://eiscentre.perkeso.gov.my

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi