Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga kategori orang kurang upaya (OKU) yang terlantar atau pesakit kronik terlantar, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan bantuan RM500 untuk golongan ini. Bantuan ini layak bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut;
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3000;
- Atau mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).
Permohonan bantuan boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara. Pemeriksaan lanjut akan dilakukan ke atas sebarang permohonan untuk mengesahkan kelayakan permohonan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=UzhQSWdqWnJSZ2xIUUNFT2Z0WG9tQT09