Bantuan RM300 Untuk OKU Tidak Berupaya Bekerja

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang tidak berupaya untuk bekerja. Syarat-syarat kelayakan bantuan adalah seperti berikut;

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
    • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).

Borang permohonan yang lengkap haruslah disertakan dengan dokumen sokongan dan dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berdekatan. Pemeriksaan lanjut bakal dilaksanakan untuk mengesahkan kelayakan permohonan yang dilakukan. Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan, sila layari https://www.jkm.gov.my

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi