Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pihak kerajaan menawarkan bantuan kewangan Geran Khas Prihatin sebanyak RM1000 secara one-off kepada pengusaha spa dan pusat urutan kaki (PUK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Pemohon yang memiliki Sijil Penggredan masih sah selepas 1 Januari 2020 sahaja yang layak memohon.
Permohonan telah dibuka mulai 19 Ogos 2021 sehingga 6 September 2021 dan boleh dilakukan di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa.
Sumber: