Pihak kerajaan telah melanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) dengan pelaksanaan Program Subsidi Upah 4.0 melalui PEMULIH. Program ini ialah bantuan untuk majikan membayar gaji pekerja-pekerja mereka yang perniagaannya terjejas akibat penularan wabak Covid-19. Dengan adanya PSU, majikan dapat mengekalkan mata pencarian pekerja serta dapat membantu mereka untuk bertahan buat sementara waktu.
Untuk PSU 4.0, tarikh permohonan program ini bermula pada 1 Ogos 2021 dan tamat pada 30 Oktober 2021 dan ia terhad kepada 500 pekerja sahaja. Bantuan ini akan diberikan untuk dua bulan bagi semua sektor dalam Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN). Manakala, dua bulan tambahan bakal diberikan untuk sektor ekonomi yang disenaraikan sebagai senarai negatif Fasa Ketiga PPN. Setiap pekerja layak diberikan bantuan sebanyak RM 600 sebulan.
Untuk membuat permohonan dan maklumat lanjut, sila layari perkeso.gov.my.