Bantuan Peralatan Perniagaan Asnaf Fakir Dan Miskin

Khas buat golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka menyediakan Bantuan Peralatan Perniagaan.

Kadar bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan bermula daripada RM 500 sehingga RM 1,000. Selain itu, bentuk bantuan yang disediakan merangkumi meja lipat, kerusi, mesin jahit dan sebagainya.

Syarat kelayakan

  • Islam;
  • Warganegra Malaysia; 
  • Bermaustatin di Negeri Melaka sekurang-kuranya 2 tahun; 
  • Terdiri dalam golongan asnaf fakir dan miskin; 
  • Pendapatan kurang / tidak melebihi had kifayah yang ditetapkan
Bantuan Peralatan Perniagaan Asnaf Fakir Dan Miskin

Permohonan

Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan borang di Pusat Islam Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM.

SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN,
Badan Sukarelawan Al-Taqwa
No B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,
Bukit Baru 75150 Melaka.

Telefon: 06-286 8109 / 011-5891 4140

Bantuan akan disalurkan setelah mendapat keputusan kelulusan dari pegawai dan mesyuarat (tempoh siasatan berdasarkan 14 hari waktu bekerja). Permohonan ini dibuka sepanjang tahun. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari pautan ini

Sumber:

https://www.facebook.com/maimmelaka/posts/pfbid0wkairLvSKsgjjArkssShFXK1ry4FNPrJthbomLQCnn7eh5UxEPMcYfu9oD1d8tJTl

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi