Pelanggan Bank Rakyat yang terjejas akibat banjir boleh memohon penangguhan sementara ansuran bulanan sehingga 6 bulan.
Syarat kelayakan;
- Akaun pembiayaan belum tamat tempoh atau matang.
- Kawasan tempat tinggal pemohon termasuk dalam senarai yang diisytiharkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara/Negeri dan Majlis Keselamatan Negara.
Produk yang diliputi bantuan ini ialah;
- Pembiayaan Peribadi-i
- Pembiayaan Perumahan-i
- Pembiayaan Kenderaan-i
- Sewa Beli Kenderaan-i
- Pembiayaan Pendidikan-i
- Pembiayaan Mikro-i
- Pajak Gadai-i
Produk yang diliputi bantuan ini ialah;
- E-mel ke morabanjir21@bankrakyat.com.my
- Sertakan sekali nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit, jenis pembiayaan dan salinan bil utiliti
- Pusat Panggilan di talian 1300800800
- Kunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat Wilayah (SBW) yang berdekatan dengan mengikuti media sosial rasmi Bank Rakyat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh muat turun risalah bantuan ini di sini atau layari https://www.bankrakyat.com.my/.
Sumber: