Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) telah membuka permohonan bantuan khas untuk peniaga pasar hari/pasar malam yang berdaftar dengan SSM dan PBT bagi membantu menambah modal pusingan serta mampu meningkatkan ekonomi tempatan ketika musim pandemik ini.
Syarat kelayakan
- Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat;
- Wajib berdaftar lesen perniagaan SSM dan lesen PBT;
- Belum menerima bantuan Ekuinas 1 dan 2 sebelum ini;
- Golongan asnaf dahulu diutamakan;
- Perniagaan atau berniaga sendiri merupakan sumber utama pendapatan keluarga;
- Suami berpendapatan rendah/kematian suami/ suami dan isteri bergaji kecil untuk menambah pendapatan keluarga;
- Terputus modal atas sebab munasabah – mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar / isteri atau anak tidak sihat
Permohonan
Borang permohonan boleh didapatkan di kaunter zakat berhampiran dan borang yang lengkap diisi perlu dihantar selewat-lewatnya 8 April 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila layari di pautan ini atau anda boleh terus menghubungi:
Bahagian Keusahawanan Asnaf,
Zakat Pulau Pinang, MAINPP
Tel: 011 2872 4558