Beberapa taska dibenarkan beroperasi untuk menjaga anak-anak petugas barisan hadapan dan anak-anak kedua-dua ibu bapa yang bekerja dengan pematuhan standard operating procedure (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagi membantu pengusaha premis melengkapkan kelengkapan yang diperlukan untuk pematuhan SOP, bantuan khas untuk pengusaha taska turut disertakan di bawah pakej PEMULIH.
Bantuan ini meliputi beberapa jenis taska iaitu TASKA institusi, TASKA di tempat kerja, TASKA komuniti dan TASKA rumah. Bantuan ini juga menanggung kos operasi seperti disinfeksi atau nyahkuman di luar dan dalam TASKA, peralatan penyukat suhu badan, bahan sanitasi, pelitup muka dan kos pengurusan TASKA yang lain. Sebanyak RM3000 bakal diberikan kepada TASKA institusi, TASKA di tempat kerja dan TASKA komuniti. Manakala, TASKA di rumah bakal diberikan bantuan sebanyak RM800.
Sekiranya anda pengusaha TASKA, anda boleh membuat permohonan sebelum 31 Ogos 2021 di laman sesawang JKM iaitu www.jkm.gov.my.
Sumber: