Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA

Setelah setahun lebih dunia berperang dengan Covid-19, banyak nyawa yang telah terkorban angkara penularan wabak ini. Kematian seseorang tentu memberikan kesan yang teruk kepada waris si mati terutamanya mereka yang kehilangan tunjang utama keluarga.

Bagi meringankan tanggungan waris si mati yang meninggal akibat Covid-19, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menawarkan bantuan secara one-off sebanyak RM5000. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut: 

  1. Hanya pengesahan kematian berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini. 
  2. Hanya kematian berkaitan Covid-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati 
  3. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.

Waris haruslah mengisi borang permohonan dan sertakan bersama beberapa dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini. Borang permohonan beserta maklumat lanjut boleh dimuat turun di https://kliksini.my/z2SRH

Sumber:

http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan-khas/bantuan-khas-pengurusan-kematian-covid-19

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi