Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 ialah bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Syarat kelayakan penerima bantuan adalah berdasarkan syarat kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pembayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Sebarang permohonan tidak perlu dilakukan kerana semakan kelayakan adalah berdasarkan data permohonan BPR 2021 dan data percukaian dari LHDNM. Amaun bantuan adalah seperti berikut untuk setiap kategori penerima:

Kategori penerimaAmaun kelayakan
Isi rumahWarga emas sebatang kara (WE)Bujang
Miskin tegarRM1300RM500RM500
B40RM800RM200RM200
M40RM250RM100RM100

Tarikh dan semakan bantuan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my/.

Sumber:

https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_PEMULIH%20_BantuanKhasCovid-19(BKC).pdf

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi