Bantuan Khairat Kematian Selangor ialah sebuah inisiatif oleh Kerajaan Selangor untuk membantu keluarga pesakit Covid yang telah meninggal dunia. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan pada 9 Jun lalu oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.
Kerajaan Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta untuk bantuan ini dan penerima bakal diberi bantuan tunai berjumlah RM1000 jika menepati syarat-syarat berikut;
- Warganegara Malaysia
- Pemohon (waris terdekat) dan juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Negeri Selangor dan menetap di Negeri Selangor ATAU bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
- Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian
- Meninggal dunia di negeri Selangor
- Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja
- Terhad hanya kepada 1 permohonan bagi 1 keluarga sahaja
- Bantuan ini terhad kepada 1,500 orang penerima sahaja
Bantuan ini boleh dipohon mulai 12 Julai 2021 di www.selangorprihatin.com.
Sumber: