Pihak kerajaan menyediakan bantuan kewangan untuk pemandu pelancong berlesen sebanyak RM500 secara one off. Pemohon hendaklah memiliki lesen Pemandu Pelancong Bandar/ Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat/ Pemandu Pelancong Khas Langkawi/ Pemandu Pelancong Khas Wilayah Sarawak atau Sabah (RSTG) yang masih sah berkuatkuasa dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Untuk memohon, sila layari pautan https://forms.gle/32Tx1QruZjZu9sPu5. Maklumat lanjut bantuan ini boleh didapati di laman sesawang http://bit.do/MOTAC-bantuan-RM500.