Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menawarkan bantuan kewangan sebanyak RM3000 secara one-off kepada syarikat Malaysia My Second Home (MM2H) yang berlesen di bawah MOTAC. Hanya syarikat MM2H yang mempunyai lesen Pengendalian Pelancongan dalam Negeri (Inbound) di bawah MOTAC yang masih sah sahaja layak menerima.
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dengan memuat naik borang permohonan yang disertakan dengan dokumen sokongan. Permohonan boleh dibuat sebelum 31 Ogos 2021 di pautan http://www.motac.gov.my/pemerkasamotac2021_mm2h/permohonan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan atau layari www.motac.gov.my.
Sumber: