Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang bakal memanfaatkan 180,000 penerima.

Kadar bantuan

Bantuan kewangan berjumlah RM300 sebulan untuk pembelian barangan runcit dan pembayaran yuran sekolah.

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan

Nota: Untuk keluarga dan ibu tunggal (termasuk penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini)

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

Permohonan

Pemegang / penerima kad KISS didalam DUN Taman Medan yang masih aktif akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022. Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah.

Cara pengaktifan boleh dirujuk di sini.

Untuk permohonan baharu, boleh dilakukan secara dalam talian di www.bingkasselangor.com.

Cara permohonan baharu yang penuh boleh dirujuk di sini.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://bingkasselangor.com/

Sumber:

https://bingkasselangor.com/

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi