Kementerian Kewangan Malaysia menyediakan bantuan kewangan berjumlah RM100 untuk 3 bulan bagi tujuan pembelian barang dapur tertentu kepada golongan miskin bandar. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan teknologi cip yang ada di MYkad penerima. Dengan bantuan ini, penerima boleh membeli barangan dapur seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah.
Penerima bantuan dipilih melalui pemeriksaan pangkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih serta disemak silang dengan pengkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima serta akan mendapat tarikh dan masa bagi sesi taklimat orientasi di kedai runcit terdekat.
Semak status kelayakan melalui pautan ini https://bit.ly/37sTgUk. Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh didapati di laman sesawang http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/
Sumber: