Bantuan Kasih Bangsa Johor

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan satu insentif daripada Kerajaan Johor, iaitu Bantuan Kasih Bangsa Johor melalui sebuah pengunguman khas pada 14 April 2022 yang lalu. 

Dalam pengunguman ini, terdapat lima kategori utama yang diberi keutamaan iaitu; Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi. Beliau juga berkata, sebanyak RM 144.36 juta telah diperuntukkan untuk insentif ini. Sebanyak 28 inisiatif telah diperkenalkan melalui bantuan ini yang sememangnya akan meringankan beban seramai 3.69 juta rakyat Johor. 

Berikut merupakan senarai Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022; 

  • Bantuan Beras Bangsa Johor 
  • Bantuan RM300 kepada Pekerja Ekonomi Gig (Pemandu Teksi, E-Hailing & Penghantar Makanan)
  • Bantuan RM 300 Kepada Pemandu Bas Awam dan Bas Ekspres
  • Bantuan RM 300 Kepada Nelayan Yang Berdaftar Dengan Jabatan Perikanan
  • Bantuan RM 500 Kepada Imarah Masjid Dan Surau
  • Bantuan RM 500 Kepada Ketua Kampung
  • Bantuan Geran Kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Johor
  • Bantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Negeri Johor
  • Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Fakir Miskin
  • Bantuan Geran Kepada Pusat Jagaan Warga Emas Dan Anak Yatim
  • Anak Johor Prihatin
  • Program i-Berkat
  • Insentif Mesra Program Perumahan Rakyat (PPR)
  • Insentif Mesra Rumah Sewa Kerajaan (RSK)
  • Bantuan RM 1,000 kepada pasangan Raja Sehari
  • Bantuan Geran Southern Volunteers
  • Bantuan Geran Majlis Belia Negeri Johor
  • Bantuan Geran Dewan Muda Johor
  • Bantuan Khas Persekolahan Sebanyak RM150 Kepada Pelajar Sekolah Rendah
  • Bantuan Mahasiswa IPTA/IPTS
  • Biasiswa Bangsa Johor
  • Insentif Sewa Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Insentif Lesen Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Bantuan RM 2,000 Kepada Operator Hotel Bajet
  • Bantuan Rm 1,000 Kepada Pemandu Pelancong
  • Bantuan RM 1,000 Kepada Pengusaha Homestay
  • Bantuan RM 1,000 Kepada Pengusaha Bot Pelancongan 
  • Bantuan RM 2,000 Kepada Agensi Pelancongan
Bantuan Kasih Bangsa Johor

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.

Sumber:

https://www.johor.gov.my/bantuan-kasih-bangsa-johor

INISIATIF TERKINI

EkonomiSosial

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi,Sosial