Bantuan Hari Raya i-Fitri adalah satu insentif kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyatnya yang berkelayakan bagi menyambut Hari Raya Puasa bagi tahun 2022.
Jumlah bantuan dan kategori pemohon
Kategori | Perincian | Jumlah Bantuan |
Kategori A | Ketua Isi Rumah (KIR) – yang boleh tergolong ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain – jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM 2500.00 sebulan (termasuk gaji dan elaun) | RM400 |
Kategori B | Ketua Isi Rumah (KIR) – yang boleh tergolong ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain – jumlah pendapatan bulanan isi rumah di antara RM 2501.00 – RM 5000.00 sebulan (termasuk gaji dan elaun) | RM 250 |
Syarat kelayakan
- Rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu sahaja semasa memohon
- Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
- Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu
- Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan serta kontraktor berdaftar adalah TIDAK LAYAK memohon
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon KECUALI pendapatan isi rumah memenuhi syarat kategori
- Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, adalah diwajibkan untuk melampirkan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK
- Borang permohonan hendaklah dicetak serta diserahkan kepada JPKK beserta salinan dokumen berikut:
- Salinan Kad pengenalan / sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan;
- Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan;
- Salinan sijil atau surat pengesahan status perkahwinan oleh JPKK;
- Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak).
Cara memohon
Tarikh permohonan akan dibuka mulai 22 Mac 2022 (10 pagi) sehingga 31 Mac 2022. Manakala, tarikh bayaran i-Fitri akan dikreditkan pada 17 April sehingga 23 April 2022.
Untuk pendaftaran, sila layari https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/upditerengganu/posts/336437761862893.
Sumber:
https://www.facebook.com/upditerengganu/posts/336437761862893