Wabak Covid-19 menjejaskan pendapatan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia termasuk golongan belia. Melalui agenda Prihatin Rakyat, kerajaan memperuntukkan bantuan sebanyak RM1000 untuk golongan belia.
Bantuan kewangan ini merupakan insentif di bawah Penjana Kerjaya 3.0 yang berbentuk perantisan di kalangan lepasan sekolah dan graduan berumur 18-30 tahun yang masih mencari pekerjaan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Permohonan inisiatif ini adalah untuk pekerja yang telah melapor diri mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2021 dan digajikan oleh majikan dalam tempoh PenjanaKerjaya 3.0. Majikan perlu membuat permohonan untuk inisiatif ini agar perantis mereka dapat menerima wang sebanyak RM1000 bagi tempoh 3 bulan atau RM800 bagi tempoh 6 bulan.
Program Penjana Kerjaya 3.0 ini juga bukan sahaja menawarkan insentif kewangan, namun program ini juga menawarkan program latihan. Permohonan untuk latihan ini boleh dibuat oleh majikan setelah menerima kelulusan permohonan Insentif Pengambilan daripada PERKESO mulai 15 Julai 2021.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.perkeso.gov.my.
Sumber: